BinaSifu - Membina Kediaman, Menciptakan Kenangan

Blog Binasifu

Soalan Lazim Tentang Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Table of Content

1. Saya ada tanah sendiri. Apa langkah pertama untuk bina rumah?

Langkah pertama ialah:

  1. Semak status tanah (pertanian atau bangunan)
  2. Ukur tanah (untuk tentukan saiz rumah sesuai)
  3. Jumpa kontraktor berdaftar seperti BinaSifu untuk buat konsultasi awal, bajet, dan rekaan rumah

2. Tanah saya status pertanian. Boleh bina rumah?

Boleh, tetapi perlu tukar syarat nyata kepada bangunan terlebih dahulu. Proses ini dipanggil ‘conversion tanah’ dan melibatkan permohonan kepada Pejabat Tanah atau PBT. BinaSifu boleh bantu uruskan proses ini untuk anda.

3. Berapa kos anggaran untuk bina rumah atas tanah sendiri?

Kos bergantung kepada:

  • Saiz rumah (cth: 1000 – 2500 sqft)
  • Rekaan (English, Modern, Minimalis, dll.)
  • Spesifikasi bahan & kemasan

Harga binaan biasanya bermula dari RM110 – RM170/kaki persegi.

Contoh: Rumah 1500 sqft boleh siap sekitar RM180,000 – RM250,000.

4. Boleh buat pinjaman bank atau LPPSA kalau bina atas tanah sendiri?

Ya! BinaSifu berpengalaman uruskan pinjaman:

  • Bank Komersial: CIMB, RHB, Bank Islam, dsb.
  • LPPSA: Untuk kakitangan kerajaan

Kami juga sediakan khidmat peguam & valuer berdaftar untuk permudahkan proses.

5. Siapa yang akan buat pelan rumah & urus kelulusan PBT?

Kami akan bantu:

  • Sediakan pelan arkitek dan 3D
  • Urus submission ke majlis (PBT) untuk kelulusan pelan bangunan
  • Urus permit pembinaan dan CF (Certificate of Completion)

6. Rumah boleh siap dalam berapa lama?

Tempoh siap bergantung kepada saiz & rekaan.

Secara purata:

  • Rumah 1000 – 1500 sqft: 6 – 8 bulan
  • Rumah lebih besar: 9 – 12 bulan

Kami juga beri jadual kerja bertulis & jaminan struktur.

7. Ada waranti selepas rumah siap?

Ya. BinaSifu menawarkan:

  • Jaminan struktur seumur hidup (Lifetime Structural Warranty)
  • Waranti workmanship selama 12 bulan

Kami juga sedia bantu jika ada isu selepas serahan rumah.

8. Kenapa perlu pilih BinaSifu?

  • Lebih 20 tahun pengalaman
  • Berdaftar dengan SSM & CIDB
  • Tidak ambil deposit awal
  • Semua urusan ada hitam putih
  • Pejabat rasmi di 5 negeri

Penutup

Bina rumah sendiri tak perlu rumit bila anda bersama team yang berpengalaman.
Hubungi kami hari ini untuk sesi konsultasi PERCUMA.
Kami akan bantu dari awal hingga siap kunci!

Hubungi Kami Sekarang!

Impikan rumah idaman dengan 100% proses yang mudah dan dipercayai? Jangan Tunggu Lagi!
Copyright © 2025 Binasifu All Rights Reserved

Design by DIGITA