BinaSifu - Membina Kediaman, Menciptakan Kenangan

Blog Binasifu

7 Perkara Wajib Tahu Sebelum bina Rumah Pertama | Binasifu

Table of Content

7 Perkara Wajib Tahu Sebelum Bina Rumah Pertama

Membina rumah pertama atas tanah sendiri memang satu impian besar — tapi jika tidak dirancang betul-betul, ia boleh bertukar jadi mimpi ngeri.

Sebagai syarikat pembinaan berpengalaman lebih 20 tahun, BinaSifu ingin kongsikan 7 perkara penting yang wajib anda tahu sebelum mula projek bina rumah pertama anda.

✅1. Status & Kesesuaian Tanah

Pastikan tanah anda memang sesuai untuk pembinaan. Periksa:

  • Status tanah: pertanian atau bangunan?
  • Zon kawasan: adakah dalam kawasan pembangunan?
  • Keperluan tambakan, pemotongan, atau retaining wall.

Jika tanah masih berstatus pertanian, anda perlu tukar kepada status bangunan (conversion). BinaSifu boleh bantu semak dan uruskan proses ini.

✅2. Bajet Realistik & Pecahan Kos

Ramai orang hanya tengok harga rumah, tapi terlupa kos-kos lain seperti:

  • Yuran pelukis pelan & arkitek
  • Kelulusan PBT & dokumen guaman
  • Kos tambakan, pagar, tangki IWK, aksesori dan wiring 3-phase

Sebaiknya, tetapkan bajet kasar dan minta quotation lengkap daripada kontraktor yang berdaftar.

✅3. Reka Bentuk Ikut Citarasa Anda

Dengan rumah atas tanah sendiri, anda bebas tentukan:

  • Susun atur bilik
  • Saiz ruang
  • Gaya rekaan (Modern, English, Minimalis, Traditional, dll)

BinaSifu menawarkan rekaan 3D & pelan arkitek untuk bantu anda bayangkan rumah impian sebelum mula bina.

✅4. Pilih Kontraktor Berdaftar & Ada Track Record

Elakkan kontraktor ‘fly by night’ yang hanya beri janji manis.

Pastikan kontraktor anda:

  • Berdaftar dengan SSM & CIDB
  • Menyediakan kontrak & dokumen hitam putih
  • Ada pejabat operasi yang sah
  • Boleh beri testimoni dan gambar projek siap

✅5. Dokumen & Kelulusan PBT

Sebelum kerja binaan bermula, anda perlu:

  • Sediakan pelan arkitek & struktur
  • Dapatkan kelulusan pelan bangunan daripada pihak PBT
  • Mohon permit kerja binaan

BinaSifu sediakan pakej lengkap termasuk submission PBT dan pelan arkitek.

✅6. Kaedah Pembayaran & Pinjaman

Tentukan kaedah pembayaran:

  • Tunai
  • Loan Bank Komersial
  • LPPSA (untuk kakitangan kerajaan)

Pastikan kontraktor anda faham proses claim bank dan LPPSA. BinaSifu berpengalaman uruskan loan termasuk dengan lawyer dan valuer.

✅7. Perjanjian Bertulis Untuk Lindungi Anda

Wajib ada perjanjian pembinaan bertulis antara anda dan kontraktor. Ia perlu menyatakan:

  • Harga & skop kerja
  • Tempoh pembinaan
  • Waranti & tanggungjawab selepas siap
  • Terma pembayaran & denda kelewatan

Penutup: Jangan Bina Rumah Dalam Gelap

Rumah pertama adalah pelaburan besar. Dengan ilmu yang betul dan kontraktor yang berpengalaman seperti BinaSifu, anda boleh bina rumah dengan tenang, selamat dan mengikut bajet.

📍 Kunjungi pejabat kami atau hubungi team BinaSifu hari ini untuk temujanji percuma tanpa deposit.

Hubungi Kami Sekarang!

Impikan rumah idaman dengan 100% proses yang mudah dan dipercayai? Jangan Tunggu Lagi!
Copyright © 2025 Binasifu All Rights Reserved

Design by DIGITA