
CF atau Certificate of Completion and Compliance adalah sijil rasmi yang mengesahkan bahawa sesebuah bangunan telah siap dibina mengikut pelan yang diluluskan dan mematuhi semua syarat teknikal, keselamatan, serta undang-undang tempatan.

CF dikeluarkan oleh arkitek atau jurutera profesional yang dilantik dalam projek, dan disahkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).
Sistem CF menggantikan sistem lama Certificate of Fitness dan kini dikawal di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Sebagai pembeli atau pemilik rumah, pastikan CF adalah sebahagian daripada perjanjian pembinaan. Di BinaSifu, kami memastikan semua rumah disiapkan mengikut spesifikasi dan akan menguruskan proses CF bagi pihak pelanggan.
Hubungi team BinaSifu untuk semakan status CF anda secara percuma.