BinaSifu - Membina Kediaman, Menciptakan Kenangan

Blog Binasifu

Apa Itu CF (Certificate of Completion and Compliance)?

Table of Content

Apa Itu CF?

CF atau Certificate of Completion and Compliance adalah sijil rasmi yang mengesahkan bahawa sesebuah bangunan telah siap dibina mengikut pelan yang diluluskan dan mematuhi semua syarat teknikal, keselamatan, serta undang-undang tempatan.


Kenapa CF Penting?

  • Bukti rumah siap secara sah dan selamat untuk diduduki.
  • Diperlukan dalam proses jual beli & pinjaman rumah.
  • Mengelakkan masalah undang-undang jika berlaku pemeriksaan oleh PBT.

Siapa Yang Keluarkan CF?

CF dikeluarkan oleh arkitek atau jurutera profesional yang dilantik dalam projek, dan disahkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sistem CF menggantikan sistem lama Certificate of Fitness dan kini dikawal di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).


Bila CF Dikeluarkan?

  • Selepas kerja pembinaan siap sepenuhnya
  • Semua pemeriksaan teknikal selesai (wiring, IWK, bomba, dsb)
  • Semua bayaran & caj kepada pihak majlis telah dijelaskan

Apa Berlaku Jika Rumah Tiada CF?

  • Tidak boleh diduduki secara sah
  • Risiko disita oleh PBT
  • Sukar dipindah milik atau dijual
  • Tidak boleh buat pinjaman bank atau refinance

Penutup

Sebagai pembeli atau pemilik rumah, pastikan CF adalah sebahagian daripada perjanjian pembinaan. Di BinaSifu, kami memastikan semua rumah disiapkan mengikut spesifikasi dan akan menguruskan proses CF bagi pihak pelanggan.

Hubungi team BinaSifu untuk semakan status CF anda secara percuma.

Hubungi Kami Sekarang!

Impikan rumah idaman dengan 100% proses yang mudah dan dipercayai? Jangan Tunggu Lagi!
Copyright © 2025 Binasifu All Rights Reserved

Design by DIGITA