BinaSifu - Membina Kediaman, Menciptakan Kenangan

Blog Binasifu

Dokumen Penting Untuk Permohonan Pinjaman Rumah

Table of Content

1. Salinan Kad Pengenalan (IC)

  • Untuk pengesahan identiti
  • Jika berkahwin, sediakan juga IC pasangan

2. Slip Gaji (3–6 Bulan Terkini)

  • Bukti pendapatan tetap
  • Wajib jika anda makan gaji (swasta atau kerajaan)
  • Untuk LPPSA, biasanya perlu 3 bulan sahaja

3. Penyata Bank (3–6 Bulan Terkini)

  • Untuk semakan aliran tunai masuk/keluar
  • Penting jika anda bekerja sendiri/freelancer
  • Pastikan akaun aktif dan tiada transaksi mencurigakan

4. Penyata KWSP / EPF

  • Untuk menunjukkan simpanan persaraan
  • Sesetengah bank gunakan KWSP Akaun 2 sebagai deposit rumah

5. Penyata Cukai Pendapatan (EA Form / Borang BE)

  • Disertakan dengan e-BE dari LHDN
  • Meningkatkan kredibiliti permohonan terutama bagi golongan profesional & usahawan

6. Surat Pengesahan Majikan

  • Mengesahkan jawatan, gaji & tempoh perkhidmatan
  • Perlu disahkan oleh HR atau pengarah syarikat

7. Dokumen Berkaitan Hartanah

Untuk beli rumah siap/subsale:

  • Salinan S&P (Perjanjian Jual Beli)
  • Salinan geran atau hakmilik
  • Pelan rumah / lokasi

Untuk bina rumah atas tanah sendiri:

  • Salinan geran tanah
  • Quotation lengkap dari kontraktor
  • Pelan rumah & submission arkitek
  • Gambar tapak semasa

8. Laporan CCRIS / CTOS

  • Digunakan oleh bank untuk semak rekod bayaran balik anda
  • Pastikan tiada rekod tertunggak, blacklist atau status AKPK

9. Komitmen Bulanan Lain

  • Salinan pinjaman lain (kereta, PTPTN, AEON, kad kredit)
  • Bank akan nilai ‘Debt Service Ratio’ (DSR) dari jumlah ini

Penutup: Ramai permohonan gagal bukan sebab tak layak, tapi sebab dokumen tak lengkap atau lambat diserah.

BinaSifu bantu urus semua dokumen & berurusan terus dengan banker & LPPSA. Hubungi kami untuk semakan kelayakan percuma!

Kategori:

Hubungi Kami Sekarang!

Impikan rumah idaman dengan 100% proses yang mudah dan dipercayai? Jangan Tunggu Lagi!
Copyright © 2025 Binasifu All Rights Reserved

Design by DIGITA